Langkah ‘pembersihan’ lemahkan UMNO

Langkah ‘pembersihan’ lemahkan UMNO

Ahmad Zahid Hamidi telah menjelaskan tentang langkah ‘pembersihan’ secara besar-besaran dalam Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembersihan besar-besaran dalam UMNO tidak akan membawa perubahan sebaliknya mengundang perpecahan yang lebih kritikal dalam parti terbesar orang Melayu itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peng­analisis politik, Dr. Salawati Mat Basir berkata, UMNO yang dilihat ‘hilang taring’ untuk menarik sokongan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan lagi pilihan dalam kalangan pengundi ter­utamanya golongan muda 18 tahun ke atas.

“Kita boleh nampak kepimpinan yang ada tidak mahu dikritik dan tidak mahu tinggalkan tempat (jawatan). Jadi bila ada ahli membantah atau ada idea berbeza dengan Majlis Tertinggi, mereka rasa tergugat, jadi kita sudah dapat ramal akan ada muka-muka yang disingkirkan.

“UMNO ini sudah ber­pecah, satu nak demokrasi dan satu lagi nak pegang kuasa. UMNO perlu faham yang parti itu bukan lagi pilihan tetapi hanya dilihat sebagai satu parti ada tapi dah hilang taringnya.

“Ini bermakna apa sahaja yang UMNO buat, lemah atau tidak, terjejas atau sebaliknya, UMNO memang lemah dan terjejas pun, apa sahaja tindakan pimpinan parti, sama ada ia akan memburukkan keadaan atau dapat mengekalkan kuasa mereka semata-mata, itu sahaja,” katanya yang diminta mengulas tentang langkah ‘pembersihan’ dalam parti itu, semalam.

Kelmarin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, UMNO akan melakukan ‘pembersihan’ parti secara besar-besaran, dengan memberi tumpuan me­reka yang didapati men­sabotaj parti serta calon pada PRU15.

“Saya kata dalam Perhim­punan Agung UMNO baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan parti secara besar-besaran, termasuk me­reka yang sabotaj parti dan calon parti pada PRU15, dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri (sabotaj diri sendiri) ketika pilihan raya diadakan.

“Bila besar-besaran ini maknanya adalah (pem­ber­si­han), mana yang belum te­rasa insya-Allah malam esok akan terasa,” katanya dilapor sebelum ini.

Dalam pada itu, geostrategis, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, isu pembersihan dalam UMNO ini dilihat dalam pelbagai tafsiran sehingga ada yang menyifatkan kritikan terhadap presiden memberi gambaran kelemahan kepada sesebuah parti.

Bagaimanapun jelasnya, se­­­se­orang ahli parti yang mengkritik kepemimpinan pre­­­siden tidak boleh dikenakan tindakan kerana ia tidak boleh dianggap sebagai tindakan melemahkan parti.

“Ada interpretasi pember­sihan dalam UMNO, nak buang semua yang kritik Presiden, kritik presiden sahaja tidak membolehkan ahli itu dibuang, kecualilah jikalau ahli parti tersebut sabotaj seperti yang disebut Presiden, sabotaj seperti menyokong pembangkang da­lam pilihan raya.

“Untuk kritik presiden itu sahaja tidak boleh dide­finisikan sabotaj kerana se­tiap ahli UMNO mempunyai menggunakan kuasa atau hak untuk mengkritik pentadbiran parti itu termasuk presiden dan timbalan presiden. Jadi, bagi saya kalau baca kenyataan presiden UMNO, mereka yang telah mensabotaj parti dan bukan semata kritik presiden, tindakan disiplin perlu di­ambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×