PH hilang penguasaan kerusi bandar di Melaka?

PH hilang penguasaan kerusi bandar di Melaka?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENAP seminggu tempoh ber­kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pemerhatian men­dapati masih belum ada mana-mana gabungan politik yang mampu menarik nafas lega kerana dapat meramal ‘tuah’ di enam kerusi Parlimen di Melaka.

Bahkan, Pakatan Harapan (PH) yang begitu sinonim me­nguasai kerusi-kerusi bandar juga tidak boleh mendabik dada, berikutan perubahan demografi pengundi serta strategi lawan.

Mengambil contoh Parlimen Kota Melaka yang dilabel kubu kuat PH, statusnya sebelum ini selaku kerusi putih DAP mungkin tidak lagi relevan selepas Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon Melayu daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Suhaime Borhan.

Penyandang kerusi, Khoo Poay Tiong perlu memikirkan ‘hipotesis’ undi bukan Melayu akan berpecah dua manakala undi Melayu yang kini telah meningkat daripada 38 peratus kepada 43 peratus bakal disambar PN.

Beralih kepada Parlimen Hang Tuah Jaya yang disandang PKR melalui Datuk Seri Shamsul Is­kandar Mohd. Akin selama dua penggal, keputusan meletakkan calon luar iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim sememangnya amat mengejutkan.

Ini kerana, sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, terdapat khabar angin yang mendakwa Shamsul Iskandar tidak mempertahankan kerusi berkenaan, sebaliknya kekosongan itu bakal diisi Ketua PKR Cabang Hang Tuah Jaya, Mohd. Rafee Ibrahim atau lebih popular dikenali sebagai ‘Cikgu Rafee’.

Bagi kerusi luar bandar se­perti Parlimen Jasin dan Tangga Batu, peluang BN tampak cerah ditambah dengan isu keluar parti oleh kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sedikit sebanyak merencatkan kempen PN di situ.

Satu lagi kerusi tumpuan di Melaka adalah Parlimen Alor Gajah yang menjadi pertembungan di antara calon-calon heavyweight. Asalnya kawasan berkenaan adalah medan pertempuran rasmi antara MCA dengan DAP, namun kini berubah menjadi pentas perebutan oleh empat calon Melayu.

Di Parlimen Masjid Tanah pu­la, tugas penyandang kerusi da­ripada PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilihat sedikit ringan selepas BN mencalonkan muka baharu, Abdul Hakim Abdul Wahab dan bukannya Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×