UMNO Tampin mahu calon anak tempatan - Tok Mat

UMNO Tampin mahu calon anak tempatan

TEKA-TEKI di mana Khairy Jamaluddin akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 terus menjadi perbualan ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Selepas Khairy Jama­luddin mengesahkan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Parlimen Rembau, timbul persoalan di manakah kawasan sesuai untuk Menteri Ke­sihatan itu pula.

Antara kawasan yang disebut-sebut sebelum ini adalah Parlimen Tampin yang terletak bersempadan dengan Rembau.

Bagaimanapun menurut sumber, UMNO Bahagian Tampin sebelum ini telah membuat ketetapan menerusi satu mesyuarat supaya calon UMNO untuk Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mestilah anak tempatan daerah itu.

“Calon-calonnya mestilah datang dari orang Tampin dan yang dibawa namanya oleh UMNO Tampin. Itu juga adalah hasrat dan permintaan daripada akar umbi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau baru-baru ini mengesahkan memberi laluan kepada Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau untuk bertanding di Parlimen itu.

Ia selepas Mohamad yang merupakan juga Timbalan Presiden UMNO turut mengesahkan bertanding di peringkat Parlimen buat pertama kali selepas bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sejak 2004.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan ketetapan yang telah dibuat oleh UMNO bahagian itu.

“Ketetapan itu menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang telah dibuat, ia keputusan sebulat suara iaitu Tampin adalah untuk Tampin.

“Memang kami mengha­rap­kan pucuk pimpinan UMNO dapat mendengar dan menerima permintaan ahli-ahli UMNO Tampin ini.

“Sekarang ini mesyuarat UMNO cawangan sedang dijalankan, dan banyak cawa­ngan mengusulkan perkara yang sama iaitu calon Parlimen Tampin mestilah datang dari Tampin. UMNO Tampin kini berada dalam keadaan aman dan damai serta yakin untuk merampas kembali Parlimen Tampin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×