Buat laporan polis bendung kumpulan pengganas - Utusan Malaysia

Buat laporan polis bendung kumpulan pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Rakyat Malaysia seluruh negara digesa terus membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bagi memastikan keharmonian kaum sentiasa terjaga.

MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Perkara tersebut disuarakan oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, kehadiran LTTE yang telah disenaraikan sebagai satu daripada pertubuhan pengganas di peringkat antarabangsa membuatkan masyarakat berada dalam keadaan ketakutan dan tidak selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Mohd. Asri dalam rakaman video berdurasi kira-kira dua minit, rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, agama, pertubuhan ataupun alir­an politik sewajarnya bertindak dengan melakukan laporan polis supaya tindakan tegas dapat diambil kerajaan bagi mencegah apa sahaja aktiviti keganasan terutama LTTE.

“Marilah kita bersama-sama bersatu melakukan laporan polis memandang­kan ada individu yang terlibat de­ngan politik iaitu Ramasamy telah dikaitkan dengan pertubuhan ini. (Jadi), kita me­rasakan Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat.

“Laporan polis dibuat supaya tindakan tegas diambil pihak kerajaan bagi membendung apa saja aktiviti keganasan dalam negara terutama aktiviti LTTE ini,” katanya dalam video berkenaan.

Video yang telah dimuat naik dalam laman Youtube oleh akaun Geng Muslim itu telah mendapat kira-kira 15,000 tontonan sehingga pukul 3 petang ini sejak mula dimuat naik semalam.

Kontroversi melibatkan Ramasamy yang juga Ahli Ja­wa­tankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tercetus apabila seke­ping gambar memaparkan beliau mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE tular dalam media sosial.

Ramasamy kelmarin sekali lagi menafikan mempunyai kai­tan dengan LTTE apabila me­ngatakan beliau hanya dijemput untuk menjadi perunding damai antara kerajaan Sri Lanka dengan pertubuhan berkenaan semasa menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Khamis lalu, pihak polis me­ngesahkan telah menerima se­banyak 53 laporan polis berhu­bung dakwaan mengaitkan Ra­masamy dengan LTTE.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, laporan polis yang dilakukan adalah semata-mata untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat dan menjaga keharmonian kaum.

“Kita tidak mahu berlakunya kejadian menakutkan seperti mana dilakukan gerila pengganas Tamil itu di tempat mereka dan beberapa tempat lain di dunia,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini