Mansuh UPSR mampu kurang tekanan murid - Utusan Malaysia

Mansuh UPSR mampu kurang tekanan murid

Pemansuhan UPSR dijangka dapat mengurangkan tekanan kepada murid sekali gus membentuk kawalan emosi mereka dengan lebih baik. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid tahun enam pernah disuarakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam usaha transformasi sistem pendidikan berteraskan penilaian peperiksaan, selain bagi melahirkan murid yang lebih baik.

Justeru, usaha Kementerian Pendidikan yang sedang melakukan perincian akhir sebelum menentukan pemansuhan peperiksaan tersebut adalah amat wajar memadangkan sistem pendidikan pada masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menanggung beban untuk mendapat keputusan cemerlang.

Sebaliknya, mereka perlu diuji berasaskan pentaksiran oleh sekolah masing-masing dan bukannya berorientasikan peperiksaan berpusat semata-mata.

Usaha itu bukan sahaja mampu mengurangkan tekanan kepada pelajar malah mengubah persepsi masyarakat terutama ibu bapa dan guru yang semata-mata maju mengejar keputusan peperiksaan cemerlang tanpa mempedulikan emosi dan kebajikan seseorang pelajar.

Ibu bapa juga sanggup berhabis wang untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen bagi menghadapi UPSR.

Anak-anak masih kecil ini sudah dibebankan dengan tugasan sekolah, tuisyen dan ujian selain memenuhi impian ibu bapa untuk ditempatkan ke sekolah berasrama penuh.

Sepatutnya pelajar dinilai pada minat mereka dalam sesuatu pelajaran, bukannya dipaksa untuk belajar. Ini kerana dengan minat, saya percaya pelajar boleh melakukan dengan baik sekali gus membantu mereka menguasai ilmu.

Janganlah membebani anak-anak hanya semata mahu dilihat sempurna oleh ahli keluarga, rakan mahupun masyarakat.

ZARA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×