Dua lagi pasukan terus diam - Utusan Malaysia

Dua lagi pasukan terus diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hanya lima daripada tujuh pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji telah menyerahkan dokumen kewangan semalam yang merupakan tarikh akhir penyerahan petang tadi.

Bagaimanapun, identiti pasukan yang telah dan gagal menyerahkan dokumen tersebut tidak didedahkan oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ekoran ingin menjaga kepentingan pasukan yang turut menjadi rakan kongsi MFL.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. yang sekali lagi memberi peringatan kepada pasukan yang terlibat supaya lebih serius dalam usaha menangani krisis kewangan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini adalah tarikh tutup untuk ketujuh-tujuh pasukan mengemukakan bukti-bukti pembayaran yang sudah dibuat dan setakat jam 5 petang kami hanya menerima dokumen daripada lima pasukan sahaja.

“Sekretariat MFL akan membuat semakan lebih terperinci sama ada dokumen yang dihantar itu lengkap seperti mana yang kita inginkan tetapi dua lagi pasukan belum menyerahkan dokumen yang kita mahukan setakat ini.

“Kita sudah memberi ruang dan masa secukupnya kepada setiap pasukan mengumpul segala dokumen dan menyerahkan kepada MFL dan saya percaya semua pasukan sedia maklum de­ngan peraturan ini.

Kita seboleh-bolehnya ingin membantu mereka tetapi ia juga ada hadnya,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MFL sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×