Ditahan di perairan bertindih - Utusan Malaysia

Ditahan di perairan bertindih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 15 Feb. – Lokasi bot nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kira-kira 99.72 kilometer dari barat Pulau Talang, Perak kelmarin merupakan kawasan pertindihan antara Malaysia dan negara itu.

Timbalan Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Mohd. Azis Jam­man berkata, biarpun statusnya masih kawasan bertindih antara kedua-dua negara tersebut, namun terdapat bukti lokasi berkenaan merupakan milik Malaysia.

“Kita mempunyai keyakinan penuh kawasan itu adalah milik negara ini dan perkara itu (penahanan bot nelayan tempatan) perlu dibincangkan secara diplomasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika mengikut memorandum persefahaman (MoU) pada 2012, kawasan bertindih itu tidak perlu ada tangkapan kerana kawasan itu masih dalam tempoh rundingan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Mari­tim Malaysia) Ke-14 di Aka­de­mi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Da­lam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Rabu lalu, Maritim Malaysia mengesahkan terdapat sebuah bot nelayan tempatan telah ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, bot PKFB 1689 itu dikesan memberi isyarat menerusi pancaran kecemasan dari sistem identifikasi automatik bot dan didapati masih berada kira-kira 99.72 ki­lometer dari barat Pulau Talang, Perak di perairan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd. Azis berkata, kerajaan dengan kerjasama Wisma Putra sedang berusaha bagi melepaskan tahanan terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×