Kit Siang, Chin Tong bertemu Sultan Perak - Utusan Malaysia

Kit Siang, Chin Tong bertemu Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Kepemimpinan tertinggi DAP yang diketuai penasihatnya, Lim Kit Siang hari ini mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAP, Senator Liew Chin Tong, pertemuan itu merupakan kali pertama Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menghadap Sultan Perak.

“Rupa-rupanya mereka berdua gembira bertemu untuk berbincang hal ehwal semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang Tuanku penuh ilmu di dada dan tidak kedekut berkongsi pengetahuan baginda dengan kami,” katanya menerusi status di akaun Facebook milik beliau, hari ini.

Jelas Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini; bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail dan Pengarah Eksekutif Penang Institute, Datuk Dr. Ooi Kee Beng turut sama dalam pertemuan tersebut.

Dalam status sama, Chin Tong turut berkongsi sekeping gambar yang dirakamkan bersama Sultan Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN