RedCargo bekerjasama dengan Oman Air - Utusan Malaysia

RedCargo bekerjasama dengan Oman Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – AirAsia Group Bhd. menerusi platform kargo dan logistiknya, RedCargo Logistics telah menandatangani perjanjian antara syarikat dengan Oman Air.

Ketua Pegawai Eksekutif RedCargo, Pete Chareonwongsak berkata, perjanjian itu akan menyediakan pelanggan dengan akses kepada ruang kargo yang besar dalam kargo dan barang rangkaian Oman Air termasuk ke Afrika, United Kingdom dan Eropah.

Katanya, pelanggan Oman Air seterusnya akan dapat menempah ruang kargo rangkaian luas AirAsia lebih 5,000 penerbangan setiap minggu di seluruh Asia Tenggara termasuk destinasi utama Oman Air seperti Kuala Lumpur, Bangkok, Manila dan Jakarta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perjanjian ini adalah satu contoh bagaimana dua syarikat penerbangan boleh bekerjasama untuk memaksimumkan pertumbuhan e-dagang di rantau ini.

“Keupayaan untuk mengangkut kargo dari ASEAN ke Afrika, UK dan Eropah tidak pernah menjadi lebih mudah terima kasih kepada perkongsian ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

RedCargo berharap kerjasama dengan Oman Air akan dapat mengembangkan lagi perniagaan kargo masing-masing.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Kargo Komersial Oman Air, Mohammed Al Musafir berkata, dengan perkongsian itu, pihaknya yakin dapat memberi penawaran lebih luas kepada pelanggan.

“Ia termasuk pilihan destinasi di rantau Timur Jauh dengan rangkaian luas penerbangan luar rangkaian Oman Air yang berkembang.

“Kami berharap untuk bekerja rapat dengan RedCargo melalui kerjasama antara syarikat ini,” katanya.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini