Aksi Bollywood ceriakan majlis makan malam tahunan DBKL - Utusan Malaysia

Aksi Bollywood ceriakan majlis makan malam tahunan DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 April – Seramai 60 kakitangan daripada Jabatan Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memeriahkan Majlis Makan Malam Tahunan di Dewan Megapuri, Menara DBKL 1 di sini pada Jumaat lalu.

Acara tahunan bertemakan Malam Bollywood itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Ariza Ibrahim.

Ariza berkata, majlis tersebut bertujuan menghargai sumbangan kakitangan sepanjang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini juga sebagai platform untuk merapatkan hubungan menerusi aktiviti santai dan hiburan disamping memupuk gaya hidup ceria dalam kalangan kakitangan,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Program diisi dengan persembahan tarian dan nyanyian kakitangan jabatan selain pertandingan pakaian terbaik yang menyaksikan Hassan Azhari Abu Bakar dari unit media mengungguli kategori pakaian lelaki manakala bagi kategori pakaian wanita dimenangi Ariza. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini