Chelsea perlu perkemas aksi separuh masa kedua - Utusan Malaysia

Chelsea perlu perkemas aksi separuh masa kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 April – N’Golo Kante beharap Chelsea dapat memperbaiki aksi hambar babak kedua dalam usaha mereka menamatkan saingan di kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Maurizio Sarri mara ke separuh akhir Liga Europa Khamis lalu dengan kemenangan 4-3 ke atas Slavia Prague.

Tetapi perlawanan yang sepatutnya berakhir mudah tuan rumah apabila mendahului 4-1 sebelum rehat, bertukar tegang apabila Slavia meledak dua kali di babak kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia bukan kali pertama Chelsea tampil lalai di babak kedua dalam kempen kali ini, beberapa hari sebelum itu Liverpool juga menjaringkan dua gol selepas rehat untuk kemenangan 2-0.

Everton melakukan perkara sama ketika menewaskan Chelsea pada Mac dan pemain tengah Perancis, Kante mengakui pasukannya tidak boleh terus melakukan kesilapan sama sekiranya mahu layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Chelsea di tangga kelima hanya berbeza jaringan dengan Arsenal di tangga keempat, dan kunjungan Burnley ke Stamford Bridge harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Sasaran Chelsea ialah memintas Tottenham di tangga ketiga, yang kini hanya satu mata di atas mereka selepas tewas kepada Manchester City semalam.

“Ia sesuatu yang berlaku banyak kali musim ini dan kami perlu memperbaikinya. Kami sedang berusaha ke arah itu.

“Kami boleh menjadikan musim ini indah dengan memenangi Liga Europa.” katan Kante.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini