Seketul tulang ditemui berhampiran Gua Kandu - Utusan Malaysia

Seketul tulang ditemui berhampiran Gua Kandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG 21 April – Seketul tulang yang belum dikenal pasti sama ada milik manusia atau haiwan ditemukan orang awam semalam semasa melakukan operasi mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Muhammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang dalam perlumbaan itu bulan lalu.

Difahamkan, tulang tersebut ditemukan berhampiran kawasan Gua Kandu di sini kira-kira pukul 1.30 petang semalam sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.

Menurut sumber, tulang itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan kini menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan sama ada tulang manusia atau sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maklumat itu daripada orang awam yang mencari. Tidak tahu sama ada tulang itu milik haiwan atau manusia atau mungkin tulang Orang Asli dulu-dulu yang diletakkan di situ.

“Dari segi bentuk fizikal, tulang itu seperti sudah lama dan bukannya tulang baharu,” katanya.

MOHD. FAIRIZ ZABIDI
MOHD. FAIRIZ ZABIDI 

Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pintu Padang, Mohd. Fairis Zabidi berkata, lokasi penemuan tulang itu terletak jauh ke dalam di belakang Gua Kandu dan jarang dilalui penduduk.

Katanya, dia hanya dimaklumkan mengenai penemuan itu pada pukul 3 petang.

“Selepas operasi ditangguhkan oleh pasukan keselamatan, penduduk kampung masih menjalankan operasi pencarian namun dalam kumpulan kecil dengan dibantu sukarelawan luar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini