Polis rampas 51kg syabu, sekat 50,000 penagih - Utusan Malaysia

Polis rampas 51kg syabu, sekat 50,000 penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 21 April – Polis menggagalkan cubaan mengedar 51 kilogram syabu bernilai RM2.5 juta ekoran penahanan seorang lelaki di Sungai Petani dekat sini, 18 April lalu, yang sekali gus berjaya menyekat lebih 50,000 orang pengguna dadah itu.

Bertindak atas hasil maklumat dan risikan, suspek berusia 30 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di Plaza Tol Sungai Petani (Utara) ketika membawa dadah itu di dalam sebuah kereta.

Semasa ditahan pada pukul 11.30 malam, suspek yang belum berkahwin dan bekerja sebagai pembantu kedai barang, cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan tetapi akhirnya dapat ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil pemeriksaan menemukan dadah-dadah berkenaan yang dipek dalam bungkusan bertulis sejenis teh Cina di bahagian but kereta berkenaan.

“Kejayaan terbesar dalam tempoh tiga bulan lalu ini adalah hasil kerjasama dan maklumat awam dan polis mengucapkan terima kasih,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Zainuddin berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 April lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini