MAPS tidak akan ditutup - Utusan Malaysia

MAPS tidak akan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 April – Kerajaan negeri tiada perancangan untuk menutup operasi taman tema animasi Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini yang didakwa mengalami kerugian.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu akan menyebabkan para pekerja di MAPS akan kehilangan pekerjaan malah akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar.

Menurutnya, sebaliknya operasi MAPS akan diteruskan dengan melaksanakan beberapa pelan-pelan pemulihan yang sudah pun menunjukkan hasil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila kita buka MAPS secara percuma untuk pengunjung, ia memberikan kesan yang baik dan menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gaji pekerja dan sebagainya.

“Pihak pengurusan MAPS ada beberapa perancangan dan setakat ini MAPS dalam keadaan terkawal. Ia (pemulihan) mengambil masa, saya fikir kita kena selesaikan masalah hutang hampir setengah bilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas majlis peletakan batu asas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Kampung Tersusun, Tanah Hitam, Chemor dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini