IPTA gugur kursus ikut keperluan semasa

IPTA gugur kursus ikut keperluan semasa

PIHAK institusi pengajian tinggi perlu sentiasa mendapat input daripada industri bagi memastikan graduan yang dihasilkan menepati kehendak majikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sijil akreditasi bagi bidang sains sosial melibatkan kategori sijil dan diploma banyak digugurkan oleh institusi pendidikan berikutan perubahan industri dan keperluan semasa.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kursus perakaunan dan percukaian, pengurusan dan pentadbiran serta sains komputer antara bidang sains sosial yang terus mendapat permintaan tinggi daripada pihak industri.

Menurutnya, pengguguran bidang itu dengan memulangkan sijil akreditasi bukanlah bermakna bidang yang ditawarkan tidak mempunyai masa depan.

Katanya, kebanyakan institusi pengajian memperkasakan bidang mereka selain memperkukuhkan bidang sedia ada yang mampu memberi kelebihan kepada mereka dan pelajar.

“Bidang Sains sosial boleh berubah cepat dengan keadaan semasa yang memerlukan pemeriksaan yang holistik supaya ia terus kekal relevan.

“Kebanyakan institusi pengajian bekerjasama dengan pihak industri maka sudah pasti sedikit sebanyak mereka mengetahui apa yang diperlukan industri.

“Sekali gus IPTA mengambil peluang memperkukuhkan bidang yang ada dengan pelbagai kaedah pemantapan,” katanya yang dihubungi, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×