Leissner ada hubungan dengan dua lagi wanita Malaysia

Leissner didakwa ada hubungan dengan dua lagi wanita Malaysia

leissner
TIMOTHY LEISSNER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc., Tim Leissner didakwa men­jalinkan hubungan dengan dua lagi wanita Malaysia yang mana salah seorang daripada­nya merupakan anak kepada seorang ahli politik.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, menurut sumber, sia­satan sedang dilakukan bagi mengetahui sama ada mereka yang terbabit ada menerima wang daripada Leissner atau sebaliknya.

“Difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam peringkat penelitian mengenai dakwaan Leissner juga dikatakan ada menjalinkan hubungan dengan dua wanita Malaysia lain yang mana seorang daripadanya anak kepada seorang ahli politik.

“Siasatan SPRM juga tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat nama-nama lain yang turut menerima dana 1MDB tetapi tidak pernah didedahkan mana-mana pihak.

“SPRM juga sedang meneliti sekiranya ada bukti-bukti baharu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber itu memberitahu, SPRM telah membekukan kesemua harta termasuk banglo dan akaun bank bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd., Datuk Rohana Rozhan susulan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, keterangan Rohana telah pun diambil SPRM kelmarin susulan pendedahan Leissner dalam perbicaraan kes 1MDB di AS berhubung pemberian sebuah rumah di London.

Menurut laporan tersebut, siasatan itu dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembia­yaan Keganasan (AMLA) 2001.

Terdahulu, perbicaraan kes 1MDB di AS bertukar sensasi selepas Leissner memberi ke­terangan yang be­liau mempu­nyai hubungan dengan Rohana.

Memetik laporan Bloomberg, ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan berkenaan, Leissner memetik beberapa nama termasuk Rohana, menjelaskan hubungan itu sudah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Kata laporan itu, Leissner turut ditanya sama ada beliau pernah memberikan sejumlah wang dite­rima daripadanya semasa bekerja dengan 1MDB dan dia mengaku, malah membelikan rumah tersebut pada 2013 kepada Rohana.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah AS dan konspirasi pengubahan wang.

Mingguan Malaysia sebelum ini juga pernah melaporkan terdapat beberapa nama besar dikenal pasti menerima dana berkaitan skandal 1MDB tetapi perkara itu belum pernah didedahkan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, perkara ter­sebut terdedah apabila SPRM berusaha melakukan pemulihan aset 1MDB sama ada di dalam dan luar negara yang melibatkan beberapa nama besar dan dikaitkan dengan 1MDB semuanya bernilai RM20.5 bi­lion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×