Takiyuddin enggan tarik balik perkataan munafik, mahu mediasi dengan speaker

Takiyuddin enggan tarik balik perkataan munafik, mahu mediasi dengan speaker

TAKIYUDDIN Hassan (tengah) semasa menjawab soalan yang dikemukakan wartawan program Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat Kelantan 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan enggan menarik balik perkataan ‘munafik’ yang diucapkan semasa sidang Parlimen walaupun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan beliau menarik balik perkataan tersebut.

Beliau sebaliknya mencadangkan penyelesaian itu dibuat menerusi proses mediasi atau pengantaraan bagi meredakan pertikaian tersebut.

Katanya, surat mencadangkan mediasi sudah dihantar dan telah diterima oleh Johari dan masih menunggu maklum balas sama ada proses itu akan diadakan atau sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak akan tarik balik. Sebaliknya, saya buat surat kepada Speaker mencadangkan supaya diadakan mediasi. Dalam mediasi, Speaker boleh memanggil saya dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk berbincang serta cuba menyelesaikan perkara itu.

“Sekiranya tiada mediasi diadakan, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya semasa sidang media selepas program Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat Kelantan 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Pada 21 Oktober lalu, Johari mengarahkan Takiyuddin Hassan menarik balik perkataan ‘munafik’ yang diucapkannya sebelum ini.

Johari berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat, sebelum menetapkan Takiyuddin perlu menarik balik kenyataan berkenaan sama ada di dalam Dewan Rakyat atau menerusi surat bertulis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini