BN tak abai agenda orang muda

BN tak abai agenda orang muda

DAP
AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor pendidikan adalah antara lima teras yang disediakan kepada anak muda dalam memperkasakan masa depan mereka di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Barisan Nasional (BN) telah memberikan pelbagai perkara kepada orang muda merangkumi pendidikan, kemahiran, pekerjaan, perniagaan dan perumahan.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, perkara itu perlu dijadikan ukuran oleh anak-anak muda yang akan menjadi sebahagian pemilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang muda sentiasa mendapat perhatian penting dalam kerajaan BN selama ini, kita telah memberikan lima asas utama kepada mereka iaitu pendidikan, kemahiran, pekerjaan, perniagaan dan perumahan. Perkara itu usahakan kerajaan BN sejak dahulu lagi sebelum berakhir 2018.

“Tetapi sekarang, BN juga sebahagian daripada kerajaan. Kalau dilihat, perkara asasnya ialah pendidikan dan kerajaan BN telah memberikan segala-galanya untuk sektor ini bagi menjamin kemenjadian anak-anak muda.

“Kita bina sekolah rendah dan menengah kira-kira 10,000 buah dan 20 universiti awam (UA). Itu belum lagi kira untuk teknikal dan vokasional selain GiatMara pula kita bina di 222 kawasan Parlimen. Itu antara contohnya,” katanya ketika dihubungi semalam

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti berkenaan relevan sejak 1973 dan perkara itu penting untuk pengetahuan pengundi muda bagi PRN Johor.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jelas terbukti dengan gabungan yang kukuh dan konsisten selama ini berbanding gabungan lain, BN dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Dalam pada itu katanya, BN ketika ini sedang memuktamadkan nama calon bagi PRN Johor dengan menampilkan gabungan muka baharu dan lama seperti dilaksanakan di PRN Melaka yang mana memberikan kemenangan kepada gabungan itu.

“Pastinya calon yang akan ditampilkan ini melibatkan pelbagai kaum dan gabungan lelaki dan wanita. Selain itu kita juga gandingkan calon yang berpendidikan dan mereka yang mempunyai pengalaman luas,” katanya.

Ditanya berapa peratus muka baharu akan ditampilkan oleh BN di PRN Johor, Ahmad berkata, perkara itu sedang diperhalusikan lagi dan akan diumumkan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN