Conte mahukan Lukaku - Utusan Malaysia

Conte mahukan Lukaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Antonio Conte berkata, dia amat berharap Inter Milan akan mendapatkan Romelu Lukaku, namun mengakui keputusan untuk membawa masuk penyerang Manchester United bukan berada di tangannya.

Lukaku terlepas aksi ketika Manchester United menang 1-0 kepada Inter Sabtu lalu, beberapa jam selepas terdapat khabar angin bahawa skuad Red Devils sedia menjualnya dengan bukaan bidaan 54 juta pound (RM276 juta) dibuat setelah terdapat permintaan daripada kelab Serie A itu.

Inter dilihat sedia menjual Mauro Icardi dan Conte dilihat tidak berselindung berhubung minatnya untuk mendapatkan Lukaku ke San Siro bagi menggantikan pemain dari Argentina itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia adalah pemain United dan untuk musim ini, kami perlu mempamerkan kehebatan kelab, untuk pemain itu dan juga anak-anak buah saya yang lain.

“Lukaku adalah seorang pemain yang saya gemari kerana saya sifatkan dia sebagai pemain yang mempu memberi impak kepada pasukan.

“Di pihak saya, saya sanggup terima, sementara di pihak lain, saya serahkan kepadanya untuk membuat keputusan,” kata Conte.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini