GRO Vietnam kaut RM500 satu malam - Utusan Malaysia

GRO Vietnam kaut RM500 satu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hanya perlu teman minum dan berhibur sebelum mengaut tip lumayan sehingga RM500 satu malam. 

Itu penangan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam yang menggodakan dan mampu ‘mencairkan’ lelaki berhidung belang yang membuat sebuah pusat hiburan terus berdegil beroperasi walaupun pernah diserbu bulan lalu.

Terbaru, dalam serbuan pukul 11.30 malam semalam oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan tujuh GRO berusia 30-an.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, sewaktu serbuan kesemua GRO itu cuba melarikan diri namun gagal selepas pusat hiburan itu dikepung pihak kami. 

Katanya, turut ditahan adalah seorang penjaga premis warga tempatan berusia lingkungan 40-an.

“Siasatan awal mendapati premis terbabit dipercayai mula aktif sejak tiga bulan dan pernah diserbu bulan lalu. 

“Kesemua GRO itu dipercayai digajikan bagi melayan pelanggan minum dan berhibur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau menjelaskan siasatan lanjut seorang GRO mampu mengaut tip berjumlah RM300 hingga RM500 bagi satu malam bergantung kepada layanannya kepada pelanggan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini