LONDON – Bekas penjaga gawang Liverpool, Alexander Doni menyifatkan Alisson sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini.
Doni sebelum ini pernah bersama kelab di Brazil selain enam tahun di Roma sebelum menyertai Liverpool untuk tempoh singkat.
Bekas pemain The Reds berusia 39 tahun itu mengakui bukan saya kagum dengan rakan senegaranya tetapi turut mencadangkan gergasi bola sepak Inggeris itu untuk mendapatkannya.
Liverpool kemudian mengikuti perkembangan semasa pemain itu sebelum menjadikannya penjaga gol termahal pada 2018.
“Selepas saya tengok dia beraksi, saya terus mencadangkan namanya kepada jurulatih John (Achterberg) bagi segera membawanya ke Anfield.
“Saya menerangkan kepada John bahawa Alisson memiliki kemahiran luar biasa dan dia akan bersama skuad kebangsaan.
“Selepas saya melihat dia beraksi untuk Inter, saya tahu dia akan berjaya di Liga Perdana Inggeris,” katanya.
Alisoon menyertai Roma dari Inter sebelum bersama Liverpool tahun lalu dan dia melalui musim cemerlang dengan The Reds muncul juara Liga Juara-Juara dan menjadi naib juara Liga Perdana Inggeris.-AGENSI











