Kerajaan Melaka rai komander Askar Wataniah - Utusan Malaysia

Kerajaan Melaka rai komander Askar Wataniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka meraikan para Komander-komander Rejimen Askar Wataniah dari seluruh negara sempena Mesyuarat Sidang Komander Askar Wataniah Siri 31/2019 dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Hotel Casa Del Rio Melaka malam semalam.

Ketibaan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan isteri yang menghoskan majlis tersebut disambut oleh Asisten Panglima (AP) Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat dan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Brigedier Jeneral Datuk Yusof Jantan.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama ialah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah yang mempengerusikan persidangan yang diadakan secara tahunan berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapan penangguhan persidangan pada sebelah siangnya, Hasagaya berharap dengan usaha yang gigih, Askar Wataniah akan terus berkembang sejajar dengan pembangunan Tentera Darat.

“Bagi memastikan Askar Wataniah terus cemerlang dan membangun seiring transformasi Tentera Darat, Askar Wataniah akan sentiasa di beri perhatian berterusan oleh Tentera Darat.

“Ini adalah kerana Tentera Darat hanya mempunyai sebuah pasukan simpanan dan pasukan simpanan itu adalah Askar Wataniah dan ia akan kekal relevan dalam perkhidmatan Tentera Darat,” katanya.

Askar Wataniah, kata beliau, akan terus dibentuk dan dilatih bagi membolehkannya diaturgerak untuk membantu Tentera Darat.

wataniah-1
 

 

“​Dalam mengekalkan agenda keamanan dan pertahanan negara, kerjasama serta komitmen semua pihak dalam memainkan peranan diperlukan demi kemajuan bagi meningkatkan martabat Askar Wataniah agar ianya sentiasa relevan sepanjang masa,” katanya.

 

Hasagaya juga berharap agar sidang pada kali ini menjadi titik tolak kepada anjakan paradigma dari aspek pengambilan dan pengekalan perkhidmatan Anggota Wataniah serta pendekatan latihan yang akan dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini