Raja Muda Perlis titah pelihara warisan peradaban - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis titah pelihara warisan peradaban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa adalah menjadi keperluan bagi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memberikan fokus kepada penonjolan keunikan identiti agama, adat dan budaya negeri Perlis tercinta ini.

Sebagai sebuah Kerajaan Melayu Islam Beraja yang berdiri di atas pemerintahan ‘Ahlis Sunnah Wal-Jama’ah’, keunikan Perlis merupakan satu aset yang wajar diketengahkan. Usaha ini hendaklah dilaksanakan agar segala warisan peradaban, tidak tenggelam dibawa oleh arus globalisasi dan modenisasi.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan mesyuarat MAIPs kali yang ke empat bagi tahun 2019 ini yang diadakan di Teratak Teduhan Doa, Kediaman Mufti Perlis di Bukit Keteri, Padang Besar baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berasa amat bersukacita melihat perkembangan positif apabila Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis di bawah MAIPs telah memulakan langkah untuk melihat dan memberikan pandangan ke arah pemantapan jati diri adat dan istiadat di negeri Perlis ini.

“Semoga segala saranan dan panduan mereka akan dapat memperkukuhkan lagi nama baik MAIPs dalam menyumbang kepada pembangunan negeri ini secara holistik,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini