BOGOR 1 Julai – Seorang wanita ditahan polis selepas tindakannya membawa seekor anjing masuk ka dalam sebuah masjid di sini menjadi tular dalam media sosial.
TANGKAP layar insiden di sebuah masjid di Bogor, Indonesia yang tular sejak semalam. – AGENSI
Satu video yang berdurasi selama 1.09 minit menunjukkan wanita berkcamata itu masuk ke dalam masjid dan berbual dengan dua lelaki dalam nada tinggi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Antara dialog perbualan tersebut adalah ‘kenapa suami saya berkahwin di sini?’ sambil wanita itu meletakkan anjingnya di atas permaidani masjid.
Kemudian, seorang daripada lelaki berkenaan bertanya apakah agama wanita itu dan memberitahunya bahawa perbuatan membawa anjing masuk ke dalam masjid adalah salah. – AGENSI











