CALIFORNIA 1 Julai – Bekas isteri pengasas Amazon, MacKenzie Bezos bakal menjadi wanita keempat terkaya di dunia selepas bercerai dengan suaminya, Jeff Bezos, namun beliau berjanji untuk mendermakan sebahagian daripada harta tersebut kepada golongan yang memerlukan.
The Guardian melaporkan, proses penyelesaian perceraian terbesar di dunia itu akan di buat dalam minggu ini apabila Bezos bakal menyerahkan kira-kira empat peratus daripada saham Amazon kepada MacKenzie.
Jumlah saham itu dianggarkan bernilai AS$38 bilion (RM157 bilion) dan disifatkan sebagai penyelesaian perceraian terbesar dalam sejarah, mengatasi rekod sebelum ini iaitu melibatkan pasangan Jocelyn Wildenstein dan ahli perniagaan, Alec Wildenstein pada 1999.
Ketika itu, pasangan tersebut bercerai dengan jumlah penyelesaian perceraian sebanyak AS$2.5 bilion (RM10.3 bilion). – AGENSI











