Isu Pasir Gudang: Nyawa tidak boleh dibeli - Utusan Malaysia

Isu Pasir Gudang: Nyawa tidak boleh dibeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terkini, lebih 130 orang pelajar terjejas termasuk seorang guru yang tidak berdosa sesak nafas, pening dan pitam bermula pukul 8.30 pagi semalam apabila sessi persekolahan minggu terakhir Jun berlangsung di sekolah di daerah Pasir Gudang.

Tiga puluh pelajar terpaksa dirujuk ke KK Masai & KK Pasir Gudang. Terlalu malang, ia seperti Gelombang 3, setelah gelombang ke dua berlaku pada 20 hb Jun yang lalu. Disyaki sisa pencemaran gas kimia yang disahkan mengandungi Metil, Merkaptan dan Akrilonitril masih menyelubungi udara di Pasir Gudang.

Anak anak tidak berdosa ini datang mahu menimba ilmu tetapi sekali lagi dikecewakan dengan masalah keracunan kimia yang akut. Wiranita Putra sudah menyatakan sebelum ini Kita khuatir kesan akut & kronik (jangka panjang) ke atas penduduk Pasir Gudang. Ini bukan sahaja isu semasa namun percayalah kesan toksik jangka panjang pasti ada seperti yang dinyatakan oleh seorang pensyarah kimia universiti awam (UA) semalam. Akrilonitril mempunyai sifat karsinogenik pencetus kanser.

Memuatkan artikel berkaitan…

Exco Kerajaan Negeri yang memberi kenyataan semalam seolah menggambarkan hanya pelajar yang berada di tingkatan tiga dan empat yang terkesan seperti melepaskan batuk di tangga. Mereka hanya diarahkan berpindah ke tingkat bawah sekolah. Adakah tingkat bawah sekolah mempunyai udara yang berbeza?

Exco kerajaan serta kerajaan Negeri Johor sepatutnya sudah mengadakan pelan penghapusan serta perlindungan terperinci untuk membanteras kejadian yang boleh menjejaskan nyawa penduduk terutamanya anak-anak ini daripada berulang.

Rakyat terutamanya penduduk Pasir Gudang inginkan Kerajaan Negeri mengenal pasti dalang di sebalik kilang kimia ini dan mengambil tindakan drastik ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Sehingga ke hari ini punca sebenar iaitu dalang pencemaran dan pembuangan sisa kimia tanpa mengikut garis panduan ini masih disenyapkan. Bukan sekolah sahaja yg wajib ditutup tetapi mereka yang menjadi pengkhianat Alam Sekitar harus dihukum dengan hukuman yang berat.

Wiranita Putra mahukan kerajaan Negeri Johor untuk bertanggungjawab ke atas setiap kes mangsa yang terlibat.

Kerajaan negeri sepatutnya tidak memperjudikan nyawa anak-anak dan orang ramai sehingga gelombang ke 3 tercetus. Adakah sehingga ada nyawa yang diragut baru Kita ingin membuka mata atau adakah nyawa anak-anak ini tidak berharga?

Nyawa tidak boleh dibeli, tutup punca. – UTUSAN ONLINE

Penulis ialah Ketua Wirawati Penaja Parti Putra

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini