Ukur udara di 85 sekolah serentak pada pagi ini - Utusan Malaysia

Ukur udara di 85 sekolah serentak pada pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Kerajaan negeri melakukan pengukuran kualiti udara di 85 buah sekolah di daerah ini secara serentak pada pagi ini bertujuan mengetahui tahap kualiti udara dan perkembangan pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, lebih 100 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan akan ditempatkan di sekolah-sekolah terbabit.

“Tiga hingga empat anggota akan ditempatkan di setiap sekolah. Ini bagi mengetahui perkembangan dan bacaan terkini kualiti udara” katanya dalam sidang akhbar di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, Pengarah Bomba Johor, Datuk Yahaya Madis dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini