Pembantu kedai elektrik rugi RM95,000 - Utusan Malaysia

Pembantu kedai elektrik rugi RM95,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pembantu kedai elektrik terpaksa berputih mata kerugian RM95,000 akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 20 Mac lalu, mangsa berusia 34 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis.

Katanya, suspek memaklumkan mangsa terlibat dengan kes kemalangan langgar lari sehingga menyebabkan kematian dan kes dadah serta penggubahan wang haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas itu, suspek menyambungkan panggilan kepada seorang lagi wanita yang juga mendakwa sebagai anggota polis yang dikatakan sebagai pegawai mengendalikan kes berkenaan.

“Suspek memaklumkan kes itu dalam perbicaraan mahkamah dan suspek boleh membantu mangsa membuat rayuan kepada hakim dengan memberi jaminan supaya pengadu tidak ditangkap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, pada 21 Mac lalu, suspek memberitahu hakim bersetuju menangguhkan surat waran tetapi mangsa perlu membayar wang jaminan serta termasuk kos peguam.

“Mangsa telah memasukkan wang sebanyak sembilan kali sebanyak RM95,000 ke dalam tiga akaun bank yang diberikan suspek.

“Selepas itu, mangsa merasakan dirinya ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini