Stesen penyelidikan Lembaga Lada Malaysia RM 2.83 juta siap dibina

Stesen penyelidikan Lembaga Lada Malaysia RM 2.83 juta siap dibina

WILLIE MONGIN (kiri) ketika meninjau ke Stesen Penyelidikan Lapangan MPB di Semenggok hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pembinaan Stesen Penyelidikan Lapangan, Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Semenggok  yang  terletak kira kira 12 Batu dari Bandaraya Kuching) telah siap sepenuhnya  dan dijangka diserahkan kepada Lembaga Lada Malaysia (MPB) pada Mac tahun ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, penubuhan Stesen Penyelidikan Lapangan MPB itu adalah bertujuan untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan perladangan bagi meningkatkan aktiviti ujian lapangan tanaman tersebut, membangunkan plot-plot ujian ladang untuk menguji keberkesanan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menyelenggara koleksi germplasma lada di Malaysia.

Beliau berkata, penubuhan stesen penyelidikan lapangan ini adalah selari dengan hala tuju MPB dan industri tanaman komoditi itu untuk memperkasakan aktiviti R&D melalui kemudahan penyelidikan yang moden dan canggih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga akan menjadi pemangkin kepada aktiviti penyelidikan di lapangan yang membolehkan MPB menjalankan pelbagai jenis R&D berkaitan lada secara sistematik dan pengumpulan germplasma serta varieti bagi penghasilan varieti lada baru,” katanya kepada pemberita semasa meninjau projek bernilai RM2.83 juta itu hari ini.

Katanya, antara kemudahan yang terdapat di stesen berkenana merangkumi empat unit rumah hijau berkeluasan 168 meter persegi setiap unit, yang akan digunakan untuk kajian penyakit dan perosak, kultur tisu, pembiakbakaan dan agronomi lada.

Seunit bangsal tumbuhan berkeluasan 150-meter persegi akan digunakan untuk menyelenggara koleksi germplasma lada.

Selain itu, katanya kemudahan asas lain seperti sistem perparitan, sistem saliran air dan kumbahan, jalan serta kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut dibina.

Dua plot ujian ladang, iaitu Plot Koleksi Germplasma lada sebagai sumber bahan kajian untuk penyelidikan dan penyelenggaraan sumber genetik di Malaysia serta Plot Ujian Ladang untuk menguji keberkesanan hasil R&D turut dibangunkan.

Plot-plot tersebut akan membantu aktiviti pemantauan dan mengurangkan lalat yang boleh mengganggu kesahihan data saintifik, sekali gus meningkatkan pendedahan hasil R&D dan inovasinya kepada orang awam.

Willie berkata, melalui penubuhan stesen seumpama ini pemerkasaan R&D industri tanaman tersebut dapat diperkukuh dengan meningkatkan penemuan R&D dan inovasi baru ke arah pembangunan industri lada yang mampan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini