Nelayan Tanjong Kling tolak Nor Azman - Utusan Malaysia

Nelayan Tanjong Kling tolak Nor Azman

SEBAHAGIAN daripada Komuniti Kesatuan Nelayan Tanjong Kling mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Jeti Kampung Hailam, Melaka, semalam. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Komuniti nelayan Tanjong Kling mungkin tidak memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berikutan tindakannya baru-baru ini yang membawa kepada keruntuhan kerajaan negeri.

Ketuanya, Aziz Japar berkata, keputusan Nor Azman bersama tiga ADUN lain menarik soko­ngan terhadap kerajaan nege­ri membuktikan beliau tidak menghargai mandat rakyat di kawasan tersebut.

Beliau berkata, komuniti nelayan berasa sangat kecewa memandangkan telah bertungkus-lumus bagi membantu kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Bayangkan, kita tidak turun ke laut menangkap ikan sewaktu PRU-14 semata-mata nak bantu dia menang. Kami sanggup bersengkang mata pasang bendera dan buat bermacam-macam kerja untuk memenangkan beliau.

“Tapi apabila dia bersama ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, seluruh komuniti di sini sangat kecewa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini mela­porkan, ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menye­rahkan nasibnya dan tiga lagi rakan kepada pucuk pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) untuk menentukan tempat yang bakal ditandingi mereka pada PRN Melaka, 20 November ini.

Idris berkata, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya meminta kerusi tanpa mendapat ihsan daripada PH.

“Biarlah PH menentukan nasib kami sebab dalam konteks 15 orang (ADUN), kita telah membentuk gabungan kerana kami mempunyai majoriti,’’ katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×