Risiko kesihatan penentu tangguh sidang Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Risiko kesihatan penentu tangguh sidang Dewan Rakyat

AHLI-ahli Parlimen menjalani saringan Covid-19 pada Khamis lalu yang menyaksikan 11 kes positif dikesan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat bukan sahaja melihat kepada penilaian risiko di dalam Parlimen, malah situasi semasa negara yang menyaksikan kes harian melebihi 17,000 jangkitan semalam.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, pakar kesihatan, Dr. Mazri Yahya berkata, sebarang keputusan dibuat perlulah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan terlebih da­hulu, kita kena tengok apa kementerian lihat sama ada risiko dan kewajaran sama perlu diteruskan atau tidak sidang Parlimen.

“Dalam keadaan kes se­hing­ga 17,000 kes, pihak bertanggungjawab dalam soal ini adalah Kementerian Kesihatan bagi memastikan semua pihak termasuk pembuat dasar iaitu wakil rakyat terselamat daripada dijangkiti virus Covid-19.

“Perkara ini bukan dibuat oleh pihak pentadbiran Parlimen sahaja, namun juga dari segi aspek kesihatan itu sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang juga pengamal perubatan berkata, keputusan itu tidak berasaskan fakta sains apabila kadar positif Parlimen adalah hanya 0.9 peratus apabila 11 daripada 1,183 sampel diambil disahkan positif.

Katanya, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan kadar lima peratus adalah terkawal apatah lagi dibandingkan jumlah dengan 0.9 peratus.

“Selagi kita mematuhi SOP, saya percaya jumlah jangkitan tidak meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan.

“Sebarang keputusan perlulah berdasarkan sains, bukannya kepada andaian semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, jika Parlimen ditutup dengan hanya dengan kadar kurang daripada satu peratus maka Parlimen berkemungki­nan besar tidak akan bersidang lagi kerana hakikatnya Covid-19 akan terus berada di dalam masyarakat (ende­mic) bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN