Shuhaily kembali ke Bukit Aman

Shuhaily kembali ke Bukit Aman

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu arahan pertukaran membabitkan Ketua Pengarah, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain telah dikeluarkan hari ini.

Difahamkan, menerusi arahan yang ditandatangani oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail, Mohd. Shuhaily akan bertukar ke jawatan Komisioner Urus Setia Ketua Polis Negara (Perancangan Strategik Perhubungan Antarabangsa) Urus Setia Pejabat KPN.

Arahan itu dipercayai berkuat kuasa pada 24 November lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Shuhaily ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Usaha mendapatkan maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Mohd. Khalid juga telah dibuat. Setakat ini tiada pengesahan rasmi diberikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini