Lelaki Nepal cetus kekecohan, panjat rangka cermin bangunan satelit KLIA

Lelaki Nepal cetus kekecohan, panjat rangka cermin bangunan satelit KLIA

TANGKAP layar rakaman video lelaki warga Nepal panjat rangka cermin bangunan satelit KLIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai mengalami masalah mental mencetuskan kekecohan apabila memanjat rangka cermin bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.56 petang itu, lelaki berusia 50 tahun berkenaan dikatakan membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang awam ketika berada berhampiran pintu pelepasan antarabangsa.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, suspek kemudian bertindak memanjat rangka cermin bangunan satelit sebelum berjaya ditenangkan oleh pihak kawalan keselamatan terminal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Terminal 1 KLIA untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati suspek dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke negara asalnya pada pukul 6 petang hari sama.

“Menurut keterangan seorang rakannya, suspek dipercayai mengalami masalah mental sejak beberapa bulan lalu namun enggan mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Hospital Kajang dan ditempatkan di wad psikiatri bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ravi berkata, pihak Kedutaan Nepal turut dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran, khususnya dalam kalangan pengguna Terminal KLIA 1 dan KLIA 2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini