Hampir 500,000 pengguna AS bergelap akibat ribut

Hampir 500,000 pengguna AS bergelap akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hampir 500,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS) masih terputus bekalan elektrik selepas ribut kuat melanda kawasan timur negara itu ketika sambutan Hari Kesyukuran atau Thanksgiving pada Rabu lalu.

Ribut berkenaan turut menyebabkan perarakan tahunan Macy’s yang terkenal di New York terganggu, sekali gus mencetuskan kejadian luar biasa dalam acara berkenaan.

Ribut pada 26 November itu membawa hujan lebat dan angin kencang ketika tempoh perjalanan paling sibuk sempena cuti perayaan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keadaan itu menyebabkan banyak pokok tumbang dan talian elektrik terputus dari New Hampshire hingga Carolina Utara.

Menurut laman pemantauan PowerOutage.us, hampir 500,000 pengguna masih belum mendapat bekalan elektrik semalam.

Gangguan penerbangan turut berterusan dengan kira-kira 1,600 penerbangan mengalami kelewatan manakala lebih 500 lagi dibatalkan, menurut perkhidmatan pemantauan penerbangan FlightAware.

Pennsylvania menjadi negeri paling terjejas akibat gangguan bekalan elektrik dengan kira-kira 122,000 penduduk masih terputus bekalan.

Di Missouri, kira-kira 72,000 penduduk turut berdepan gangguan bekalan elektrik susulan ribut yang membawa salji setebal sehingga 38 sentimeter di bahagian timur negeri itu.

Hampir 45,000 penduduk di New York masih terputus bekalan elektrik, manakala Perarakan Hari Kesyukuran Macy’s yang sepatutnya berlangsung pada 27 November ditunda ke 28 November berikutan keadaan cuaca buruk.

Penangguhan itu merupakan yang pertama dalam sejarah perarakan berkenaan sepanjang 100 tahun penganjurannya.

Gangguan besar terakhir yang menjejaskan perarakan itu berlaku pada 1971 apabila cuaca sejuk, hujan dan angin kencang menyebabkan belon gergasi watak Donald Duck serta beberapa karakter popular lain tidak dapat diterbangkan.

Perarakan itu pernah dibatalkan sepenuhnya dari 1942 hingga 1945 akibat kekurangan bekalan helium ketika Perang Dunia Kedua. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini