Turkiye belum bersedia terima pelarian Rohingya – Anwar - Utusan Malaysia

Turkiye belum bersedia terima pelarian Rohingya – Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Turkiye belum bersedia mempertimbangkan permohonan Malaysia supaya menerima warga Rohingya berikutan negara itu kini menanggung lebih empat juta pelarian dari negara Teluk, Arab dan beberapa negara jiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu disahkan secara rasmi oleh kerajaan Turkiye kepadanya dua hari lalu.

Beliau berkata, Malaysia bagaimanapun akan terus mengemukakan permohonan supaya negara berkenaan mempertimbangkan usaha membantu menyelesaikan sebahagian masalah pelarian Rohingya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dapat pengesahan daripada kerajaan Turkiye dua hari yang lalu bahwa mereka belum bersedia menimbangkan (pelarian Rohingya), itu daripada pihak Turkiye. Tapi pada pihak Malaysia seperti mana disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, kita mohon supaya dipertimbangkan.

“Jadi keadaannya begitu. Malaysia mohon dipertimbangkan untuk menyelesaikan sebahagian daripada masalah.

“Tetapi pihak Turkiye secara rasminya belum bersedia menimbangkan atas alasan Turkey sekarang menangggung lebih empat juta pelarian daripada negara-negara Teluk, Negara arab dan juga beberapa negara jiran.

“Itu kenyataan rasmi yang saya terima daripada pihak Turkiye. Kita tidak mahu perkara ini disalah erti kerana usaha yang disuarakan oleh TPM itu dalam mencerminkan pendirian konsisten Malaysia untuk mencari negara ketiga, termasuk mana-mana negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersedia menerima pelarian berkenaan.

“Dan bagi pihak TPM, memandangkan bahawa Turkiye mungkin menimbangkan kerana tradisi negara Turkiye memang menerima dan membantu banyak pelarian dari negara Islam. Tetapi dalam konteks ini pihak Turkiye telah menyatakan dengan tegas sudah kerana banyak tanggungan sedia ada. Mereka belum bersedia,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Hassan Karim (Pasir Gudang-PH) yang meminta kerajaan menyatakan kebenaran berhubung persetujuan Turkiye menerima 10,000 pelarian Rohingya. 

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Malaysia dan Turkiye bersetuju menempatkan semula 10,000 pelarian Rohingya di Turkiye menerusi program latihan kemahiran berstruktur.

Beliau berkata cadangan itu menyusuli lawatan kerja rasminya ke republik berkenaan baru-baru ini, dan latihan akan berlangsung selama tiga hingga enam bulan, dengan tumpuan pada kemahiran yang sepadan dengan keperluan industri Turkiye.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, kenyataan itu dipadam daripada akaun media sosialnya tanpa sebarang penjelasan.

Susulan pemadaman mengejut itu, Putrajaya digesa menjelaskan sama ada kerajaan Turkiye benar-benar bersetuju menerima pelarian Rohingya dari Malaysia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini