Soon Huat-Shevon, Wei Chong-Kai Wun tempah slot separuh akhir

Soon Huat-Shevon, Wei Chong-Kai Wun tempah slot separuh akhir

Goh Soon Huat-Shevon Lai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menempah laluan ke separuh akhir, selepas mengejutkan pasangan No. 5 dunia, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Grand Hall – Kai Tai Arena, Hong Kong, hari ini.

Pasangan suami isteri yang menghuni ranking No. 13 dunia itu menyingkirkan beregu China tersebut 21-15, 21-15 dalam masa 33 minit pada suku akhir.

Kemenangan itu menyaksikan Soon Huat-Shevon akhirnya berjaya membuang badi selepas mengalami dua kekalahan di tangan Xin Wa-Fang Hui sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada separuh, esok, Soon Huat-Shevon bakal berdepan satu lagi gergasi China yang merupakan pasangan No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Soon Huat-Shevon belum pernah menewaskan Yan Zhe-Dong Ping dengan rekod pertemuan 0-6.

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, pasangan No. 9 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menewaskan gandingan ke-12 dunia, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 21-16, 21-16 dalam masa 34 minit.

Kejayaan yang dilakar Wei Chong-Kai Wun itu membolehkan mereka merapatkan jurang rekod pertemuan menjadi 1-2.

Beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang berada di ranking No. 6 dunia menanti Wei Chong-Kai Wun di suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini