Geran RM110,000 sokong 21 projek komuniti mahasiswa UPNM - Utusan Malaysia

Geran RM110,000 sokong 21 projek komuniti mahasiswa UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Sebanyak 21 projek mahasiswa menerima geran keseluruhan RM110,000 bagi membantu komuniti yang memerlukan. Projek itu dipamerkan pada Projects for Happiness 2.0 Final Showcase di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM), Sungai Besi, 14 November lalu.

Menurut UPNM, antara projek yang diketengahkan  ialah ‘Senyum Dari Perut’ oleh pelajar, Seow Rui Hong, bagi meningkatkan kesedaran komuniti Orang Asli tentang kesihatan usus dan minda.

Projek itu menjadi satu-satunya yang menerima geran penuh RM10,000 dan meraih tempat ketiga keseluruhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penasihat program, Dr. Zubaidah Hasain berkata, bertemakan “Inspiring Happiness Through Youth-led Community Action” dengan misi “21 Ideas, One Shared Mission“, program yang julung kali diadakan ini dianjurkan secara bersama oleh My Starfish Foundation dan Malaysian Social Entrepreneurs Foundation (MSEF) dengan UPNM sebagai tuan rumah bersama serta sokongan penuh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan SULAM KPT.

“Penganjuran ini turut memperlihatkan sinergi kukuh antara akademia dan sektor korporat menerusi sokongan rakan penaja industri termasuk CUCKOO, KHIND, FIFFY, LA’DERM, CASGlobal, INXO dan 2CO dalam memacu kelestarian projek sosial belia,” katanya.

Antara inisiatif yang menyerlah ialah projek kesihatan komuniti Orang Asli bertajuk ‘Senyum Dari Perut’ yang dibangunkan oleh Seow Rui Hong, pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM muncul sebagai satu-satunya pasukan berjaya meraih geran penuh berjumlah RM10,000.

Fokusnya kepada memperkasakan pendidikan kesihatan usus dan minda masyarakat Orang Asli, projek ini berjaya meraih tempat ketiga terbaik keseluruhan manakala tempat pertama dan kedua diraih oleh Raffles University.

Menurut Dr. Zubaidah, penglibatan aktif golongan muda dalam khidmat komuniti bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan seperti komuniti Orang Asli, warga emas, kurang upaya dan anak yatim, malah membentuk jati diri belia yang lebih tabah, bertanggungjawab serta memiliki semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Bagi UPNM, penganjuran program berimpak tinggi ini menyokong secara langsung pelaksanaan Teras Kecemerlangan Mahasiswa di bawah Pelan Strategik UPNM30, yang memberi penekanan terhadap pembangunan graduan holistik, berdaya kepimpinan tinggi dan proaktif menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Norhana Abdul Halim, Pengerusi My Starfish Foundation, Cheng Ping Keat serta Pengerusi MSEF, Datuk Chan Wah Kiang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini