Tujuh beranak Orang Asli ceburi bidang kontraktor

Tujuh beranak Orang Asli ceburi bidang kontraktor

Raja Salim Abdul Rashid (tiga dari kanan) bersama anak-anaknya selepas melakukan penyelenggaraan bukit di Batu 23 Tapah-Cameron Highlands, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Bermula dengan mela­kukan kerja-kerja pembersihan kawasan, membina rumah dan memotong rumput, seorang le­laki Orang Asli kini berjaya me­ngembangkan perniagaan pem­binaan sehingga memiliki beberapa jentera berat.

Pengurus Salim Rimba Bara Construction, Raja Salim Abdul Rashid, 48, berkata, kejayaan itu hasil pengalaman dan ke­sung­guhan membina perniagaan sejak usia muda meskipun hanya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, beliau yang mem­punyai darah kacukan India dan Orang Asli dilahirkan di Batu 14, Jalan Pahang-Tapah-Cameron Highlands, sebelum mu­la mengumpul pengalaman da­lam pelbagai pekerjaan bagi mempelajari selok-belok bidang pembinaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak remaja, saya melakukan pelbagai kerja termasuk mem­bersih kawasan, membina rumah dan memotong rum­put. Daripada situ, saya belajar banyak perkara mengenai bidang pembinaan serta selok-belok perniagaan.

“Pada 2001, saya mula be­kerja sebagai subkontraktor de­ngan memohon projek-projek ke­cil berkaitan penyelenggaraan jalan, longkang dan parit, selain membaik pulih serta mem­bina rumah baharu untuk masyarakat Orang Asli di sekitar Tapah menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya.

Menurut beliau, perniagaan yang diusahakan secara berperingkat itu semakin berkembang sehingga berjaya memiliki syarikat pembinaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah gred G2.

Katanya, hasil kerjasama bersama ahli keluarga, perniagaan berkenaan turut berkembang dengan pemilikan beberapa jentera berat termasuk traktor, lori, jengkaut dan jengkaut belakang serta trak pikap bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan.

Jelasnya, jentera berkenaan amat penting terutama ketika musim hujan bagi melaksanakan kerja-kerja membabitkan jalan, cerun dan kawasan berisiko mengalami tanah runtuh serta pokok tumbang di laluan Tapah-Cameron Highlands. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini