22 kawasan catat IPU tidak sihat

22 kawasan catat IPU tidak sihat

SEBUAH pesawat melakukan pendaratan dalam keadaan cuaca jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10.50 pagi tadi dengan Seremban, Negeri Sembilan dan Larkin, Johor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 170.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor mencatatkan bacaan tidak sihat di beberapa kawasan termasuk Pasir Gudang (164), Batu Pahat (163), Tangkak (162), Kluang (159), Pengerang (157), Segamat (155) dan Kota Tinggi (115).

Di Negeri Sembilan, dua lagi kawasan merekodkan bacaan tidak sihat ialah Nilai dengan IPU 167 dan Port Dickson (152).

Memuatkan artikel berkaitan…

Keadaan sama turut direkodkan di tiga kawasan di Melaka membabitkan Bandaraya Melaka (164), Bukit Rambai (162) dan Alor Gajah (157).

Di Kuala Lumpur pula, Batu Muda mencatatkan bacaan IPU 161 dan Cheras (151) manakala Putrajaya mencatatkan 151.

Sementara itu, dua kawasan di Selangor turut berada pada tahap tidak sihat iaitu Petaling Jaya dengan bacaan IPU 117 dan Klang (107).

Di Sarawak, Serian merekodkan bacaan IPU 155 berdasarkan pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian diikuti Sri Aman (153) dan Kapit (152).

Sebanyak 40 kawasan lain pula berada pada tahap sederhana termasuk Banting dan Johan Setia di Selangor yang masing-masing mencatatkan bacaan IPU 98.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini