Johan Setia, Klang antara kawasan catat IPU tidak sihat

Johan Setia, Klang antara kawasan catat IPU tidak sihat

ISU jerebu merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja memberi kesan dari segi ekonomi kepada negara jiran seperti Malaysia dan Singapura, malah turut mempunyai implikasi politik tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 17 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini, dengan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 160.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Selangor merekodkan empat stesen pada tahap tidak sihat iaitu Klang (159), Petaling Jaya (155), Shah Alam (155) dan Banting (153).

Di Negeri Sembilan, dua stesen turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Seremban (158) dan Nilai (157).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Batu Muda merekodkan bacaan 158 dan Cheras (120) di Kuala Lumpur, manakala Putrajaya mencatatkan 152.

Di Johor, dua stesen yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Batu Pahat (152) dan Tangkak (135), manakala di Sarawak hanya Sri Aman merekodkan bacaan pada tahap berkenaan iaitu 152.

Di Melaka pula, tiga stesen turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Bukit Rambai (151), Bandaraya Melaka (129) dan Alor Gajah (113).-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini