PETALING JAYA: Sebanyak 22 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini, dengan Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 174.
Semakan menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Nilai, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka masing-masing merekodkan bacaan IPU 161.
Sementara itu, Cheras, Kuala Lumpur; Klang, Banting dan Johan Setia di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 159.
“Batu Muda, Kuala Lumpur; Putrajaya; Seremban, Negeri Sembilan; dan Alor Gajah, Melaka pula merekodkan bacaan 158.
“Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 157, manakala Batu Pahat, Johor merekodkan IPU 156,” katanya.
Menurut APIMS, kawasan lain seperti Port Dickson, Negeri Sembilan dan Larkin, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 155, diikuti Paka, Terengganu (153), Pasir Gudang dan Tangkak, Johor (152) serta Kluang, Johor (151).
“Segamat dan Kota Tinggi, Johor masing-masing merekodkan bacaan 133 dan 113,” katanya. – UTUSAN











