Mulut puaka, saya tidak akan mampu maafkan awak - Uyaina Arshad - Utusan Malaysia

Mulut puaka, saya tidak akan mampu maafkan awak – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran menceritakan kekecewaan terhadap individu yang mengkhianatinya.

Walaupun tidak menyatakan sebarang nama, Uyaina menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang mempunyai karakter ‘talam dua muka’, selain disifatkan sebagai toksik.

“Saya rasa saya tidak akan mampu untuk memaafkan awak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sikap dengki, perwatakan bermuka-muka, mulut puaka dan toksik yang ada pada diri awak tidak layak untuk menerima kemaafan daripada saya,” tegasnya menerusi hantaran di media sosial.

Uyaina turut memberi amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak mengambil kesempatan di atas sikap berdiam dirinya selama ini.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, tindakan dia tidak mendedahkan segala keburukan individu tersebut bukanlah bermaksud dia seorang yang lemah, sebaliknya dia memilih untuk tidak bersikap kebudak-budakan.

“Hanya kerana saya berdiam diri dan tidak mendedahkan segala penipuan (bullshit) awak, awak fikir saya lemah? Jangan cabar saya.

“Saya cuma tidak picisan (petty) seperti awak,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Uyaina mengakui rasa sakit akibat sebuah pengkhianatan itu menjadi lebih perit apabila ia dilakukan oleh insan yang selama ini diletakkan kepercayaan yang tinggi.

Ujarnya, insiden tersebut merupakan tamparan hebat dan menjadi pengajaran paling besar buat dirinya sepanjang tahun ini.

“Awak tahu kenapa pengkhianatan itu sangat menyakitkan? Kerana ia datang daripada seseorang yang awak percayai.

“Dan itu adalah pengajaran terbesar saya untuk tahun ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini