Everest mungkin bukan gunung tertinggi di dunia

Everest mungkin bukan gunung tertinggi di dunia

PENYELIDIK tidak menolak kemungkinan Gunung Everest bukan puncak tertinggi yang pernah wujud di Bumi.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Gunung Everest mungkin bukan gunung tertinggi yang pernah wujud di Bumi, susulan penemuan bukti menunjukkan kewujudan puncak lebih tinggi ratusan juta tahun lalu.

Bagaimanapun, pakar memberitahu Live Science, ketinggian sebenar serta lokasi puncak tertinggi itu tidak dapat dipastikan.

Profesor Geologi Universiti Adelaide, Alan Collins, berkata penyelidik setakat ini tidak mempunyai maklumat terperinci yang mencukupi untuk mengenal pasti puncak tertinggi dari zaman tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun katanya, sisa mendapan yang terperangkap dalam kerak Bumi masih menyimpan petunjuk mengenai saiz litupan salji dan puncak gunung yang telah lenyap.

Menurut Collins, saintis mengkaji struktur kerak Bumi untuk menentukan kedalaman lapisan berkenaan, yang menjadi petunjuk kepada ketinggian gunung-gunung pernah wujud di atasnya.

Gunung terbentuk apabila plat tektonik berlanggar secara perlahan, menyebabkan kerak benua tertolak ke atas. Namun, sebahagian besar kerak yang tebal itu berada di bawah permukaan Bumi.

Collins dan ahli geokimia dari Universiti Curtin, Ziyi Zhu, mengibaratkan gunung seperti bongkah ais, di mana hanya sebahagian kecil sahaja yang kelihatan di atas permukaan.

Zhu berkata, gunung terbesar mungkin pernah terbentuk di kawasan yang mempunyai akar kerak Bumi paling dalam. Ahli geologi menganggarkan kerak Bumi di bawah banjaran Himalaya menjangkau kedalaman sehingga 80 kilometer (km).

Berbanding ketinggian Everest yang dianggarkan sekitar 9,000 meter, gunung tertinggi di dunia itu hanya membentuk kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan ketebalan kerak batuan yang menjadi asasnya.

Keadaan itu menunjukkan terdapat had ketinggian yang mampu dicapai gunung sebelum runtuh akibat beratnya sendiri.

Selain Himalaya, banjaran Transgondwanan yang terbentuk kira-kira 650 juta tahun lalu dan banjaran Nuna, muncul sekitar dua bilion tahun lalu, turut dikenal pasti sebagai calon banjaran gunung tertinggi yang pernah wujud. 

Bagaimanapun, Zhu berkata, bukti saintifik yang ada masih belum membolehkan penyelidik menentukan puncak tertinggi secara khusus, menjadikan perkara itu persoalan yang belum terjawab.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini