Aaron-Roy King juara Terbuka Arctic

Aaron-Roy King juara Terbuka Arctic

PENAMPILAN Sulung Aaron-Roy King selaku beregu berjaya membawa mereka merangkul gelaran pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, hari ini. - Facebook BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King menjulang gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, hari ini.

Aaron-Roy King menewaskan pasangan ke-60 dunia, Lai Po You-Tsai Fu Cheng dari Taiwan 21-19, 21-19 dalam masa 41 minit pada perlawanan akhir di Vantaan Energia Arena.

Selaku juara, Aaron-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$39,500 (RM161,377) berserta pingat emas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan berstandard Super 500 itu merupakan penampilan sulung Aaron-Roy King dan mereka adalah gandingan eksperimen barisan kejurulatihan beregu lelaki Malaysia.

Aaron sebelum ini berpasangan dengan Kang Khai Xing, manakala, Roy King bergandingan bersama Arif Junaidi.

Beregu tersebut juga merupakan gandingan eksperimen pertama ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi yang berjaya merangkul gelaran dalam Jelajah Dunia BWF.

Sebelum ini, Aaron pernah dipasangkan dengan Aaron Chia yang berjaya membawa kerjasama itu sehingga ke perlawanan akhir Terbuka Taiwan, namun, mereka hanya muncul sebagai naib juara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini