JPJ sita 24 motosikal babit warga Bangladesh, Pakistan

JPJ sita 24 motosikal babit warga Bangladesh, Pakistan

SEBANYAK 24 motosikal jenis Modenas Kriss serta Honda EX5 yang ditunggang warga Bangladesh dan Pakistan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 24 motosikal jenis Modenas Kriss serta Honda EX5 yang ditunggang warga Bangladesh dan Pakistan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua motosikal itu disita menerusi Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) yang dilaksanakan JPJ Selangor di sekitar Seksyen 7, Bangi.

Hasil pemeriksaan mendapati ada warga asing dikesan menggunakan individu lain yang mempunyai lesen memandu lengkap bagi membolehkan mereka mengelak daripada dikenakan tindakan.

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, taklimat operasi bermula pada pukul 6 pagi di JPJ Cawangan Bangi.

Menurutnya, sebanyak 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Sepanjang operasi dilakukan hari ini, JPJ mengesan modus operandi warga asing yang dipercayai menghantar ‘umpan’ iaitu pemandu yang lengkap dengan lesen serta dokumen berkaitan sebelum menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya,” katanya kepada media di sini hari ini.

Tambahnya, ketika penguatkuasaan dilakukan, terdapat cubaan penunggang motosikal terbabit melarikan diri dengan memandu melawan arus sehingga anggota operasi terpaksa mengejar mereka.

Beliau berkata, JPJ juga mendapati motosikal terbabit ada yang dipinjam daripada orang lain selain milikan sendiri.

“Warga asing ini kebanyakannya bekerja sebagai tukang kebun, pemotong rumput serta pekerja sisa kumbahan,” ujarnya.

Tegasnya, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap semua aduan bagi memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini