Malaysia perlu bakat berkemahiran tinggi pacu ekonomi bernilai tinggi - Zambry

Malaysia perlu bakat berkemahiran tinggi pacu ekonomi bernilai tinggi – Zambry

AMINUDDIN ketika melancarkan Program Industry Nexus (INDEX) 2026: TVET Collaboration Hub.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia memerlukan bakat berkemahiran tinggi bagi menyokong peralihan kepada negara ke arah pertumbuhan ekonomi bernilai tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, negara mempunyai dasar dan pelan bagi melahirkan bakat berkemahiran tinggi antaranya Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035, Rancangan Malaysia Ke-13 dan Dasar TVET Negara 2030.

Beliau berkata, sektor ekonomi bernilai tinggi di negara ini kini berkembang dengan pesat justeru, pelbagai peluang tersedia dan boleh dimanfaat.

“Kita mahu industri bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai. Kita mahu sektor pertumbuhan tinggi
berkembang. Kita mahu pelaburan berkualiti membawa teknologi dan pekerjaan yang lebih baik.

“Namun, tidak ada transformasi ekonomi tanpa transformasi bakat. Kita boleh membawa masuk teknologi yang terbaik dan membangunkan infrastruktur yang tercanggih tetapi akhirnya semuanya bergantung kepada manusia yang mempunyai ilmu, kemahiran dan nilai untuk menggerakkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr Aminuddin Hassim pada Program Industry Nexus (INDEX) 2026: TVET Collaboration Hub di sini hari ini.

Katanya, INDEX bukan sekadar platform yang mempertemukan institusi dengan industri sebaliknya menjadi titik pertemuan yang menghubungkan keperluan industri dengan kekuatan pendidikan tinggi.

Zambry berkata, pihaknya mahu hubungan ini bergerak daripada sekadar engagement kepada co-creation.

“Industri tidak hanya berada di penghujung rantaian sebagai penerima graduan tetapi bersama-sama institusi dalam mengenal pasti keperluan, membentuk kompetensi, membawa teknologi dan membuka ruang pengalaman sebenar.

“Dengan kata lain, kita perlu bergerak daripada hubungan kepada kolaborasi, dan daripada kolaborasi kepada penciptaan nilai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini