PARLIMEN: Tuntutan cukai TNB tidak dipindah kepada pengguna

PARLIMEN: Tuntutan cukai TNB tidak dipindah kepada pengguna

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tuntutan cukai tambahan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak menyebabkan kos itu dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif elektrik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, tarif elektrik di Semenanjung ditentukan melalui kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dan tertakluk kepada penelitian serta kelulusan kerajaan.

“Liabiliti cukai korporat TNB bukan kos yang secara automatik boleh dipindahkan kepada pengguna melalui tarif elektrik,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

MoF menjawab soalan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai implikasi tuntutan cukai tambahan terhadap dividen pemegang saham dan tarif elektrik.

Mengulas lanjut, MoF berkata, tuntutan itu juga tidak menjejaskan keupayaan TNB untuk terus membuat pembayaran dividen yang mengambil kira prestasi kewangan, kedudukan tunai dan dasar dividen syarikat.

“Kerajaan akan terus memastikan kepentingan pengguna dilindungi melalui mekanisme kawal selia tarif sedia ada, tanpa menjejaskan keupayaan TNB untuk menyediakan bekalan elektrik yang selamat dan berdaya harap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN