Pelumba F1 singgah ‘pit stop’ kedai runcit Langkawi

Pelumba F1 singgah ‘pit stop’ kedai runcit Langkawi

GELAGAT pelumba Formula Satu (F1), Carlos Sainz Jr. (tengah) bergambar di hadapan sebuah kedai runcit bernama ‘Pit Stop’ di Langkawi menarik perhatian pengguna media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelagat pelumba Formula Satu (F1), Carlos Sainz Jr. bergambar di hadapan sebuah kedai runcit bernama ‘Pit Stop’ di Langkawi menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, pelumba dari Sepanyol itu berkongsi beberapa gambar ketika meluangkan masa bersama rakan-rakannya selama beberapa hari di pulau berkenaan.

Sainz turut dilihat bersama pelumba F1 pasukan Haas, Oliver Bearman dan bekas pelumba F1 dari Sepanyol, Roberto Merhi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa hari yang menyeronokkan bersama rakan-rakan di Langkawi, Malaysia,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja melihat mereka menikmati percutian di Langkawi dan mengalu-alukan kunjungan semula ke Malaysia.

Seorang pengguna, miss_naziha pula menyuarakan keterujaannya melihat pelumba berkenaan meluangkan masa di sebuah kedai runcit di Langkawi.

“Kedai runcit mana ini? Seronoknya mereka lepak,” tulisnya.

Pengguna itsmeaidil pula terhibur apabila pelumba F1 itu singgah di kedai runcit milik rakannya yang kebetulan bernama ‘Pit Stop’.

“Lucu apabila singgah di kedai bernama ‘Pit Stop’, dan itu kedai runcit kawan saya,” katanya.

Sementara itu, seorang lain pengguna, elyanaaaliya gembira melihat mereka menikmati percutian di Malaysia.

“Masih tidak percaya mereka semua berada di Malaysia dan menikmati percutian di sini! Datanglah lagi bercuti ke Malaysia,” katanya.

Sainz, 32, merupakan pelumba kelahiran Madrid yang kini mewakili Williams dalam kejuaraan F1.

Beliau memulakan kerjaya F1 bersama Toro Rosso pada 2015 dan pernah berlumba untuk Ferrari sebelum menyertai Williams.

Pelumba itu juga mencatat empat kemenangan Grand Prix sepanjang kariernya.

Kunjungannya ke Langkawi berlangsung menjelang Grand Prix Gulf Air Bahrain di Malaysia 2026 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober.

Perlumbaan utama dijadualkan pada Ahad ini membabitkan 56 pusingan di litar sepanjang 5.543 kilometer. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN