Seorang daripada 55 rakyat Malaysia di Nepal dipercayai selamat

Seorang daripada 55 rakyat Malaysia di Nepal dipercayai selamat

PARA pekerja membersihkan lumpur di kawasan banjir besar di Devighat, daerah Nuwakot, Nepal. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan masih belum dapat dihubungi selepas bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal, dipercayai selamat dan telah kembali ke Malaysia.

Menurut kenyataan Media Advocacy for Search, Finding and Investigation of Hikers (MASFIH), individu berkenaan hadir sendiri ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober lalu sebelum kembali ke Malaysia pagi ini.

MASFIH berkata, perkembangan itu amat melegakan khususnya kepada keluarga individu berkenaan yang menanti kepulangannya selepas 37 hari berada dalam ketidakpastian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penemuan seorang rakyat Malaysia yang selamat pada hari ke-37 merupakan satu perkembangan yang amat melegakan dan sangat bermakna.

“Kami amat gembira dan bersyukur kerana seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang sebelum ini belum dapat dihubungi kini telah ditemukan dalam keadaan selamat dan telah kembali kepada keluarganya,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN