Persiapan perayaan Deepavali musnah dalam banjir kilat

Persiapan perayaan Deepavali musnah dalam banjir kilat

P. SIVANESWARAN membuang peralatan elektrik yang rosak akibat banjir kilat yang melanda rumahnya di Jalan Kolam Ayer, Taman Nong Chik, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keghairahan menanti sambutan Deepavali bulan depan menjadi suram buat keluarga beragama Hindu apabila rumah mereka di Jalan Kolam Ayer, Taman Nong Chik di sini dilanda banjir kilat semalam.

Menurut P. Sivaneswaran, 59, yang bekerja sebagai tukang cat berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000 setelah peralatan rumah dan barang elektrik rumahnya rosak disebabkan banjir kilat.

Katanya, kejadian semalam merupakan pengalaman ketiga rumah sewanya dinaiki air selepas menyewa di situ sejak empat tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya punya tilam, televisyen, peti sejuk, perabot serta perkakasan lain rosak disebabkan banjir kilat. Pakaian jugak rosak setelah terkena lumpur. Kawasan sini kalau hujan lebat memang cepat naik air. Dulu air pernah naik sampai paras pintu, tak sempat nak buat apa-apa

“Saya harap tindakan segera akan diambil untuk atasi isu ini termasuk melebarkan longkang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, B, Yogesparan, 40, berkata, semua persiapan Deepavali untuk dirinya nya serta lima anak musnah dalam banjir yang disifatkan berlaku tiba-tiba.

“Persiapan sudah dibuat minggu lalu, namun segalanya musnah kerana banyak barang hanyut dan kotor dengan lumpur, kerugian disebabkan banjir kilat ini kira-kira RM2,000.

“Habis baju saya dan anak-anak kotor, malam tadi saya sudah hantar ke dobi untuk cuci. Nampaknya, kami sekeluarga sambut Deepavali secara sederhana sahaja,” katanya.

Tambah Yogesparan, hujan lebat selama sejam itu menyebabkan beberapa rumah di lokasi berkenaan ditenggelami air.

“Air naik cepat juga. Sebab ini kawasan rendah, dekat dengan longkang dan tasik jadi air cepat melimpah. Ini kali kedua saya mengalami banjir. Kalau dua tahun lepas memang teruk hampir paras bumbung,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×